Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNMBCSB - EESB Meterai MOA

Penulis :BKKPA Rabu, 15 Ogos 2012


UPNM 15 Ogos 2012 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi saksi kepada termeterainya perjanjian di antara UPNM Business Centre Sdn. Bhd. (UPNMBCSB) dan Exact Energy Sdn. Bhd. (EESB) hari ini. Perjanjian merangkumi kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R & D) terutama dalam bidang Electro Optic System (EOS-Long Range Camera) dalam tempoh lima (5) tahun. R & D di pihak UPNM dijalankan melalui Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT).

MOA ditandatangani oleh Lt Jen Dato’ Seri Allatif Bin Mohd Noor sebagai mewakili UPNMBCSB manakala en. Mohamed Nazam Bin Mohd Ali sebagai mewakili EESB. Turut hadir dimajlis ini adalah pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua belah pihak.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 15 Ogos 2012