Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Tuan Rumah Program Pembangunan Kepimpinan Inovasi dan Transformasi Pensyarah Muda Zon Tengah 2012

Penulis :BKKPA Selasa, 18 Sep 2012


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) melalui Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), akan menggerakkan Program Transformasi Pensyarah Muda untuk membentuk keterampilan yang menyeluruh bagi seseorang ahli akademik, bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan penyelidikan malah dapat menterjemahkan ilmu serta kepakaran yang ada kepada masyarakat dan negara. Pihak AKEPT telah memberi kepercayaan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai tuan rumah untuk menguruskan dan menjayakan program ini yang dinamakan Program Pembangunan Kepimpinan, Inovasi dan Transformasi Pensyarah Muda (Zon Tengah). Universiti-universiti yang terlibat ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA (Jalan Semarak), Universiti Malaya dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Dua siri akan dijalankan iaitu Siri 1/2012 di Palm Garden dari 11-14 September dan Siri 2/2012 akan diadakan di AKEPT, Nilai pada 28 September -1 Oktober.



Siri 1/2012 telah dijalankan dengan jayanya di Palm Garden dan telah dirasmikan Dr. Zainal Abidin bin Sanusi, Timbalan Pengarah AKEPT dengan kehadiran 65 pensyarah muda dari Zon Tengah telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memenuhi sebahagian daripada keperluan latihan Critical Agenda Programs (CAPS) Leadership Program, memperkasa bakat akademia dan menyokong rancangan Pelan Penggantian Pengajian Tinggi (Succession Planning in Higher Education Institution) dan menggalakkan budaya kecemerlangan di dalam pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan penglibatan masyarakat. Penceramah-penceramah yang berpengalaman seperti Dato’ Prof. Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM, En Ahmad Nazri bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa dan En Suhaimie bin Mahbar, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dari KPT. Kehangatan forum masih terasa dan mendapat perhatian daripada pensyarah-pensyarah muda dan begitu hangat dibincang dan diperdebatkan. Tajuk forum “Peranan Pensyarah Muda dalam Transformasi Negara: dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah sebagai moderator dengan ahli-ahli panel seperti Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa, Naib Canselor (UPSI), Prof. Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (UiTM), Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok (UIA) dan Prof. Dr. Zarida Hambali (UPM).

Kemaskini Terakhir : Selasa, 18 September 2012