Secara keseluruhan objektif Fakulti adalah untuk :

  1. Menghasilkan siswazah yang kompeten dan berdaya saing melalui program pengajian yang kontemporari.
  2. Menghasilkan penyelidikan ke arah meluaskan ilmu tentang fungsi minda, peningkatan keupayaan serta potensi manusia khususnya melalui penggunaan teknologi tinggi.
  3. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.
  4. Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar untuk menyokong dan menyumbang kepada perkembangan dan penyebaran ilmu.
  5. Menggalakkan pembangunan komuniti Fakulti melalui pembelajaran yang berterusan

Berdasarkan objektif yang dinyatakan diharap FPPP sentiasa cemerlang dengan mendokong motto Fakulti

(KECEMERLANGAN FAKULTI: SATU HATI)