Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-3 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Penulis :BKKPA Khamis, 18 Okt 2012


Tanggal 11 Oktober 2012 bersamaan 25 Zulkaedah 1433H sekali lagi sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tercipta dengan buat kali keduanya Istiadat Pemashyuran Canselor sempena Majlis Konvokesyen ke-3 UPNM yang bermula pada 11 dan 12 Oktober 2012 bertempat di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu‘tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu‘adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah secara rasminya dimasyhurkan sebagai Canselor UPNM kedua dengan penuh istiadat dan keunikan tersendiri kerana menyatukan kedua-dua istiadat ketenteraan dan awam.



Pada Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-3 ini, UPNM menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda kepada 410 graduan iaitu terdiri daripada 298 Pegawai Kadet dan 114 Kadet PALAPES (Graduan Awam) dengan pecahan 165 graduan Fakulti Kejuruteraan, 132 graduan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan dan 113 graduan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan. 172 graduan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada sidang pertama termasuk 2 orang graduan Sarjana manakala 240 graduan dianugerahkan pada sidang kedua.

Dalam sidang pertama, UPNM menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan) kepada Jen Tan Sri Dato’ Paduka (Dr.) Hashim Bin Mohd Ali (Bersara) dan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera (Pengajian Strategik) kepada Mej Jen Dato’ Abdullah Bin Babu PGB (Bersara).

Pada majlis konvokesyen kali ini, UPNM menganugerahkan empat (4) kategori pingat serta satu (1) anugerah Buku. Antara anugerah yang sampaikan ialah Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Anugerah Pingat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) (Kepimpinan) dan Anugerah Buku DRB-Hicom.

Bagi menyemarakkan lagi suasana konvokesyen ini, Pesta Konvokesyen (Convofest) 2012 telah diadakan bermula dari 9 – 13 Oktober 2012.

Turut hadir dalam upacara ini adalah juga Pro-Canselor, Jeneral Tan Sri Dato’ Mohamed Ghazali Bin Dato’ Mohamed Seth (Bersara), Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Laut, wakil-wakil Panglima Tentera Darat dan Udara serta Naib-naib Canselor Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kemaskini Terakhir : Khamis, 18 Oktober 2012