Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah Akademi Latihan Ketenteraan UPNM

Penulis :BKKPA Jumaat, 11 Jan 2013


UPNM, 11 Jan 2013 – Brig Jen Mustak Ahmad Bin Miandad TUDM, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hadir dalam Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah ALK yang diadakan di Bangunan Satria hari ini. Majlis ini adalah majlis serah menyerah tugas secara rasmi oleh Mantan Pengarah ALK, Lt Kol Chan Weng Poh yang diwakili oleh Ketua Jurulatih, Mejar Azhar Bin Jaffar kepada Pengarah ALK baharu, Lt Kol Wan Azni Bin Wan Muhammad. Ia juga adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh Mantan Pengarah ALK tersebut.

Turut menyaksikan Majis ini ialah pegawai-pegawai kanan ALK, ketua-ketua Batalion dan semua warga ALK.

Dalam ucapannya, Pengarah Baharu ALK mengharapkan semua pegawai-pegawai kanan ALK dapat mengekalkan prestasi dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam memartabatkan pentadbiran dan pengurusan baik dalam bidang ketenteraan khususnya dan bidang akademik amnya demi memenuhi hasrat yang telah ditetapkan oleh stakeholders iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 11 Januari 2013