Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kuliah Perdana Imam Muda Asyraf

Penulis :Pusat Islam Selasa, 29 Jan 2013

UPNM, 16 Jan 2013 – Kelab Sahabat Masjid UPNM dengan kerjasama Pusat Islam UPNM telah menganjurkan Kuliah Perdana yang disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Imam Muda Asyraf. Program yang diadakan bersempena dengan kedatangan Maulidur Rasul 1434H ini dihadiri oleh warga UPNM bertempat di Masjid Al-Jazaari UPNM.



Program yang diadakan selepas solat Maghrib ini, bertujuan untuk menyemarakkan lagi cinta kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang juga kekasih kita, dengan menelusuri perjalanan hidup baginda SAW untuk diadaptasikan di dalam kehidupan seharian.
Ceramah bertajuk ‘Kekasih Allah, Kekasih Kita’ ini dikupas oleh IM Asyraf dengan menyentuh tentang tahap kecintaan manusia terhadap baginda SAW serta peri pentingnya peninggalan dan wasiat Nabi SAW kepada umatnya, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan sepanjang hayat.

Kehadiran IM Asyraf sememangnya dinanti-nantikan oleh warga UPNM yang tidak mensia-siakan peluang dengan mengajukan beberapa persoalan untuk dirungkaikan oleh penceramah sebelum diakhiri dengan solat Isyak yang diimamkan oleh Juara Imam Muda musim pertama tersebut.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 29 Januari 2013