Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Bicara Santai Bersama Oki Setiana Dewi

Penulis :Pusat Islam Selasa, 29 Jan 2013

UPNM, 17 Jan 2013 – Sempena kedatangan Maulidur Rasul 1434H yang mulia ini, pihak Pusat Islam UPNM dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Bicara Santai bersama Oki Setiana Dewi bertempat di Dewan Bestari UPNM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.



Program ini diadakan sebagai pemangkin kepada generasi muda dalam menghadapi cabaran masa kini. Sambutan hangat telah diberikan oleh para peserta dari kalangan pelajar, staf dan penduduk sekitar Kem Sungai Besi yang hadir memenuhi Dewan Bestari sejak jam 8.00 malam lagi.

Oki, dalam program tersebut berkongsi pengalaman dengan para peserta berkenaan kisah hidup beliau dan rakan-rakannya yang mempunyai latar belakang hidup yang berbeza-beza. Selain itu nasihat turut dilontarkan agar dapat dijadikan sebagai panduan hidup dan pengajaran bersama. Moderator, Ustazah Nurul Hidayah, turut membuka peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan sekali gus memberikan peserta ruang untuk sesi bertukar-tukar fikiran bersama selebriti tersebut dalam suasana yang cukup santai.

Kemeriahan program juga turut dirasai dengan penyediaan kaunter zakat oleh pihak Pusat Pungutan Zakat di luar dewan bagi sebarang urusan dan maklumat berkaitan zakat.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 29 Januari 2013