Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Tambahan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Penulis :BKKPA Rabu, 20 Feb 2013


UPNM, 19 Feb 2013 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan mengadakan Majlis Penyerahan Projek Cadangan Tambahan bertempat di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM.



Penyerahan projek tambahan ini adalah di antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selaku Stakeholder UPNM yang diwakili oleh Tuan Haji Rosli Bin Isa (Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan) dan Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh Encik Ir. Haji Nazari Bin Hashim (Pengarah Cawangan Pengurusan Projek Kompleks) dengan UPNM yang diwakili Lt Kol Ir. Baharul Razi Bin Abu Hani (Bersara) (Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan). Majlis menandatangani Penyerahan Projek disaksikan oleh Dato’ Jesbil Singh (Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) sebagai mewakili Naib Canselor UPNM.

Projek Tambahan UPNM adalah ditempatkan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) yang sebelum ditumpangkan di Bangunan Bestari.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 20 Februari 2013