Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UCAPTAMA 2013 Naib Canselor UPNM

Penulis :BKKPA Selasa, 26 Feb 2013


UPNM, 26 Feb 2013 - Perhimpunan Naib Canselor 2013 diadakan dengan Ucaptama Lt Jen DatoUPNM, 26 FEB 2013 - Perhimpunan Naib Canselor 2013 diadakan dengan Ucaptama Lt Jen Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM bertempat di Dataran Wawasan. Seawal 7.30 pagi seluruh warga UPNM termasuk siswa dan siswi sudah bersemangat menunggu untuk mendengar Ucaptama Naib Canselor. Dalam ucapan, beliau menekankan UPNM sebagai institusi pengajian tinggi yang berteraskan pertahanan dan keselamatan demi melahirkan Pemimpin Berkarekter Cemerlang (Leaders of Character) sejajar dengan pelaksanaan Pelan Strategik UPNM melangkaui 2012-2015 berasaskan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Sejak penubuhannya, UPNM telah gah membina kreabilitinya diperingkat domestik dan antarabangsa baik kecemerlangan dalam akademik, penyelidikan, inovasi, akademia-industri, hubungan pengantarabangsaan dan ketenteraan. Kecemerlangan ini adalah lahir daripada kesefahaman, keutuhan dan kerjasama yang tercipta dari semangat 1UPNM One Culture, One Vision iaitu percambahan fikiran dikalangan awam dan tentera bermula dari Strategic Level, Operation Level hingga ke Tactical Level. Beliau juga turut berharap UPNM terus mencapai misi, visi dan objektifnya demi memenuhi hasrat kerajaan iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi seterusnya memarbatkan bidang industi pertahanan dan keselamatan negara.



Sempena Ucapatama ini, Naib Canselor mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada penyelidik UPNM, Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff Bin Syed Zakaria (Bersara), pensyarah kanan dari Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTP) di atas kejayaan cemerlang dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 baru-baru ini.

Sebagai penutup, Naib Canselor mengingatkan bahawa bagi merealisasikan matlamat dan kunci kepada kejayaan sesuatu institusi, bukanlah hanya hasil pemikiran dan tenaga individu tertentu sahaja, tetapi hasil dari keikhlasan sumbangan seluruh warga UPNM ini.


Kemaskini Terakhir : Selasa, 26 Februari 2013