Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Debat Keamanan Ala Presiden 2013

Penulis :HEPA Rabu, 20 Mar 2013

UPNM, 4 Mac 2013 - Debat Keamanan Ala Presiden 2013 bertemakan ‘Mahasiswa Adalah Keamanan’ peringkat akhir telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Tun Templer, MTD. Pertemuan di antara 4 pendebat akhir iaitu Mohd Norsadiq Yusof dan Adzlan Qushairi Jamaludin mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) melawan Muhammad Qusyairi Hashim dan Hafizzudin Mohd Noor mewakili Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pelbagai pendapat dan pandangan dilontarkan oleh keempat pendebat dalam memperkukuhkan hujah masing-masing baik dari pihak ‘Pencadang’ dan ‘Pembangkang’.



Walau bagaimanapun, hanya satu sahaja akan diiktiraf sebagai pemenang walaupun kedua-dua pihak bernas dalam membahaskan hujah-hujah berasaskan kajian, fakta dan perkembangan semasa. Tahniah diucapkan kepada pendebat UiTM kerana dinobatkan Johan Debat Keamanan Ala Presiden 2013 kali ini dan juga kepada pendebat UMP selaku Naib Johan.

Terdahulu, persembahan teater pendek mengisahkan perjuangan Pahlawan Negara Lt Adnan dipentaskan oleh Prof. Dr. Dato’ Wan Hashim Wan Teh, pensyarah kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan bersama Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Turut hadir menyaksikan Peringkat Akhir Debat Keamanan Ala Presiden antara IPT 2013 ialah YBhg. Dato’ Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Ketua Pengarah,Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Lt Jen Dato’ Seri Allatif Mohd Noor, Naib Canselor UPNM serta pengurusan tertinggi dan pegawai kanan UPNM.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 20 Mac 2013