Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Pustakawan, UPNM

Penulis :Perpustakaan Rabu, 20 Mar 2013


UPNM, 15 Mac 2013 - Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) dengan kerjasama Pusat Sukan, UPNM telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Ketua Pustakawan bertempat di Padang Bola Sepak UPNM. Kejohanan ini adalah julung-julung kali diadakan dan terbuka kepada semua staf UPNM dengan bertujuan mengeratkan hubungan baik di kalangan staf di samping mencari bakat-bakat baru untuk Sukan Staf Universiti pada masa akan datang. Kejohanan ini akan dianjurkan setiap tahun oleh PJTI.



Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Perlawanan peringkat kumpulan bermula pada sebelah pagi, diikuti peringkat separuh akhir dan peringkat akhir pada sebelah petang. Pasukan HEPA Jer FC muncul sebagai juara pada kejohanan ini setelah berjaya menewaskan pasukan ALK FC pada peringkat akhir. Tempat ke-3 pula dimenangi oleh pasukan Makanan FC selepas berjaya mengalahkan pasukan PJTI FC melalui penentuan sepakan penalti.

Majlis penyampaian hadiah pemenang disempurnakan sendiri oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Encik Mohammed Dzulkarnain bin Abdul Karim sebaik tamat perlawanan.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 20 Mac 2013