Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Memperat Jalinan Akademia-Industri

Penulis :BKKPA Rabu, 20 Mar 2013


UPNM, 19 Mac 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memperluaskan jalinan akademia-industri dengan menandatangani dua (2) memorandum iaitu satu (1) Memorandum Perjanjian (MOA) dan satu (1) Memorandum Persefahaman (MOU).



MOA adalah di antara UPNM Business Centre Sdn. Bhd. dan Omniwise International Sdn. Bhd. (OMNIWISE) bagi memulakan kerjasama menjalankan Endurance Test dengan menggunakan Sistem Penapisan Air Mudah Alih atau RIKA Mobile Water Treatment System yang akan dilaksanakan ke atas Tasik UPNM. Kerjasama ini dijalankan dibawah Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT), UPNM.

Manakala MOU adalah di antara UPNM dengan International Institute of Management and Technology (IIMAT) bagi mewujudkan kerjasama dalam usaha membangunkan pembangunan sumber manusia dalam bidang maritim. Dalam pada yang sama, usaha ke arah mengenalpasti program-program yang bakal ditawarkan dan keperluan tenaga pengajar terus dibincang oleh kedua-dua pihak.

Lt Jen Dato’ Seri Allatif Bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM menandatangani kedua memorandum tersebut manakala bagi pihak OMNIWISE dan IIMAT ditandatangani oleh Kapten Yahaya Bin Othman (Bersara), Pengarah Urusan OMNIWISE dan Mr. Yee Seng Seen, Ketua Pegawai Eksekutif IIMAT. Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat serta pegawai-pegawai kanan ketiga-tiga pihak.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 20 Mac 2013