Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Chulachomkloa Royal Military Academy (CRMA) Thailand

Penulis :BKKPA Isnin, 01 Apr 2013


UPNM 22 Mac 2013 – Chulachomkloa Royal Military Academy (CRMA) Thailand telah menghantar pegawai-pegawai kadet mereka ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mulai 22 Mac – 26 Mac 2013. Seramai 29 pegawai kadet dan 2 pegawai hadir di UPNM dalam menjayakan Program Kepimpinan secara bersama di antara kedua-dua Negara.



Pelbagai aktiviti bersama dijalankan bagi memantapkan hubungan ketenteraan kedua-dua Negara seperti latihan ketenteraan (survival camp), bersukan (perlawanan persahabatan bola sepak dan bola tampar), trip lawatan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Port Dickson) dan aktiviti sosial (Makan Malam BBQ).

Lt Kol Inderjit Singh, penyelaras Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional UPNM mengetuai sepanjang program ini berlangsung. Keberkesanan daripada kerjasama yang diadakan ini, UPNM merancang akan menghantar pegawai kadet UPNM ke CRMA, Thailand bagi mengadakan lawatan balas seterusnya mengeratkan lagi hubungan kedua-dua institusi ketenteraan.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 April 2013