Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Persembahan Kebudayaan China 2013

Penulis :BKKPA Isnin, 01 Apr 2013


UPNM 28 Mac 2013 – Harbin Normal University (HNU), China telah mengadakan Persembahan Kebudayaan China di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam usaha mempromosikan kebudayaan negara China di Malaysia. Persembahan ini di bawa khas oleh Kongzi Insitute dengan kerjasama UPNM. HNU mengambil kesempatan ini sempena hubungan UPNM dengan Beijing Foreign Studies University (BFSU) yang terjalin sejak tahun 2009.



Sebanyak 15 persembahan ditunjukkan meliputi tarian, nyanyian dan seni pertahanan yang dipersembahkan oleh 14 orang pelajar dan 11 orang guru daripada HNU. Gabungan 2 orang pengacara pada malam itu iaitu lelaki mewakili HNU dan wanita mewakili UPNM merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak. UPNM turut mempersembahkan kebudayaan Malaysia melalui persembahan Bacaan Puisi, Dikir Barat dan Seni Silat.

Sebagai penutup, HNU membuat kejutan dengan menyanyi lagu ‘Rasa Sayang’ dalam bahasa melayu bersama-sama dengan para tetamu terhormat dan para penonton. Mengakhiri persembahan, penyampaian cenderahati kepada para peserta persembahan dan pertukaran cenderahati di antara kedua-dua pihak serterusnya sesi bergambar.

Turut hadir iaitu YBhg. Dato’ Jesbil Singh, TNC Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat sebagai mewakili Naib Canselor UPNM, Prof Wangqi mewakili HNU, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj Idris mewakili Kongzi Institute Malaysia dan Mr. Chen Zhong mewakili Kongzi Institute China.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 April 2013