Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perkasa Akademia - Industri

Penulis :BKKPA Rabu, 03 Apr 2013


UPNM, 2 April 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memperluaskan jalinan akademia-industri dengan menandatangani dua (2) memorandum iaitu satu (1) Memorandum Persefahaman (MOU) dan satu (1) Collaboration of Understanding (COU).



MOU di antara UPNM dengan Korea University merupakan julung-julung kalinya UPNM menjalinkan kerjasama dengan institusi dari negara-negara Asia. Ini adalah tanda aras kepada perkembangan UPNM di peringkat antarabangsa selain di Eropah dan Amerika Syarikat. Kerjasama yang bakal dijalankan merangkumi pembangunan penyelidikan dan inovasi serta pertukaran kepakaran dan teknologi dalam bidang terpilih.



Ini juga merupakan kali pertama UPNM menandatangani COU iaitu dengan syarikat Myung Inovasi Terkini Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat daripada Korea beroperasi di Malaysia dan Teknologi Park Malaysia Sdn. Bhd. sebagai collaborator. Bidang kerjasama adalah meliputi Data Recovery, Data Sanitisation and Vulnerability Test dan Application Software Development for ICT Technopreneur yang bakal dijalankan dibawah Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 April 2013