Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Sepetang Bersama Ustaz Imam Muda Ashraf di Puncak Menara Kuala Lumpur

Penulis :Ketua Unit Latihan UPNM Jumaat, 12 Apr 2013


MENARA KL, 4 April 2013 - Bahagian Latihan UPNM dan Menara Kuala Lumpur berjaya mengukir satu lagi nama untuk diabadikan di dalam sejarah kursus melalui rancangan Kuliyah Fissama bersama Imam Muda Ashraf. Lokasi ceramah diadakan nun jauh di puncak Menara Kuala Lumpur yang dilaksanakan atas tiket ‘Corporate Social Responsibility’. UPNM tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menghantar seramai 82 orang peserta yang diketuai oleh Pendaftar UPNM. Beberapa orang pensyarah yang sporting turut hadir sama seperti Prof. Wan Ali, Prof Madya Dr. Mohar Kasim, Lt. Kdr Najib dan Isteri. Agensi kerajaan yang lain turut menghantar wakil seperti PUSPANITA, badan amal Pusat Tahfiz Ampang, Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia dan lain-lain.



Program sepetang bersama imam muda ini berjalan di dalam suasana yang santai dan menghiburkan. Seperti tokoh imam muda Ashraf dan kebanyakan staf UPNM yang hadir, rata-ratanya meluahkan perasaan yang mereka tidak pernah sampai ke puncak menara Kuala Lumpur walaupun menara tersebut telah dibina begitu lama. Semasa temu bual bersama General Manager Menara Kuala Lumpur, Puan Hasdarinar Hassan, beliau memaklumkan yang hampir saban hari dan menjelang cuti persekolahan, menara Kuala Lumpur sentiasa penuh dikunjungi pelajar sekolah yang datang dari serata negeri untuk membuat lawatan mahu pun pelancong dari luar negara.

Program Sepetang Bersama Imam Muda memaparkan cerita- cerita menarik, indah dan mengasyikkan untuk sampai ke syurga. Syurga digambarkan sebagai tempat yang tidak terucap dengan kata-kata bahkan imaginasi manusia.

Imam muda Ashraf turut membaca bait-bait puisi serta syair Arab yang merdu dengan alunan ayat suci al Qura”n yang menusuk jauh di sudut hati nurani sesiapa yang mendengarnya. Gambaran dan nikmatnya syurga masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Lalu, apakah persiapan dan bekalan untuk sampai ke syurga? Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan melalui program ini merupakan keinsafan serta bekalan dari sekarang jika syurga itu menjadi destinasi perhentian sebuah kehidupan. Semua peserta haruslah berhijrah meninggalkan segala larangan dan di tuntut mengerjakan amal solih sebagai persiapan diri untuk dipilih oleh Allah tuan punya pemilik syurga. Bahkan jika Allah memilih sesiapa pun layak untuk sampai ke syurgaNYA.

Sesi temu bual yang disediakan oleh pihak penganjur telah digunakan sepenuhnya oleh wakil UPNM untuk bertanyakan sendiri soalan kepada imam muda tersebut. Program Sepetang Bersama Imam Muda Ashraf diakhiri dengan majlis Hi – Tea anjuran menara Kuala Lumpur dengan hidangan laksa Johor, popia goreng, martabak ayam, puding, kueh mueh dan buah-buahan.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 April 2013