Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

Penulis :BKKPA Jumaat, 12 Apr 2013


UPNM, 11 April 2013 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan pada 11 April 2013 (Selasa) bertempat di Dewan Bestari, UPNM. Majlis APC 2013 ini sebagai penghargaan kepada kecemerlangan staf UPNM sepanjang tahun 2012. Seramai 60 staf menerima APC tahun ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan jawatan dan fakulti/pusat/jabatan dan bahagian. Selain penerima APC, penyampaian Sijil Prestasi Cemerlang 2012 turut diadakan bagi menghargai kesungguhan, ketekunan dan kecemerlangan staf UPNM.



APC dan Sijil Prestasi Cemerlang disampaikan oleh YBhg. Lt Jen Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM. Turut hadir Pengurusan Tertinggi , Pegawai-pegawai Kanan, Staf Akademik dan Pentadbiran kumpulan pengurusan dan professional serta Staf kumpulan sokongan.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 April 2013