Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Bengkel Paten dan Pengkomersilan UPNM

Penulis :BKKPA Khamis, 25 Apr 2013


UPNM 18 April 2013 – Bengkel Paten dan Pengkomersilan anjuran bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat dengan Pejabat Penolong Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan dengan jayanya bertempat di Pusat Marin UPNM. Bengkel ini diadakan dalam usaha UPNM menyediakan deraf Dasar Paten dan Pengkomersilan meliputi pengurusan paten (Harta Intelek) dan pengkomersilan yang komprehensif termasuk pengagihan pendapatan.

Secara keseluruhan, bengkel ini mencapai objektifnya iaitu merancang dan melaksana dasar paten dan pengkomersilan, meningkatkan usaha dalam penjanaan pendapatan bagi university dan meningkatkan Meningkatkan kesedaran di kalangan warga akademik UPNM terutamanya para penyelidik mengenai rantaian nilai harta intelek dan pentingnya membawa hasil penyelidikan ke pasaran.

Peserta terdiri daripada para penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan sedang dan telah menghasilkan produk sama ada diperingkat permulaan ataupun bersedia untuk dipaten dan dikomersilkan. Sebagai perkongsian pengalaman dan percambahan fikiran, UPNM menjemput penceramah dari institusi luar yang berpengalaman dalam bidang ini terdiri dari UPNM Innovations Sdn. Bhd., wakil IPTA, Bustaman Intellectual Property & Technology Law, firma guaman yang menguruskan hal ehwal paten dan pengkomersilan serta ISIS Innovation, University of Oxford, United Kingdom iaitu perunding professional dari luar negara.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 25 April 2013