Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Jaringan Industri Dipererat

Penulis :BKKPA Khamis, 25 Apr 2013


UPNM, 23 April 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memperluaskan jalinan akademia-industri dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat Secuglass Sdn. Bhd.



Kerjasama yang dijalinkan dalam MOU ini melibatkan projek penyelidikan dan pembangunan blast resistance glass panel dengan para penyelidik UPNM dari Fakulti Kejuruteraan iaitu Kol Prof. Ir Dr. Norazman Bin Mohamd Nor, Prof. Madya Ir. Dr. Mohammed Alias Bin Yusof, En. Muhamad Azani Bin Yahya dan seorang penyelidik dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan iaitu Prof. Madya Lt Kol Ariffin Bin Ismail. Termeterainya MOU ini memberikan petanda yang baik hubungan kedua-dua pihak seterusnya dapat memperluaskan peluang-peluang kerjasama yang lain bakal diteruskan masa hadapan.

Majlis MOU ini, UPNM diwakili oleh Lt Jen Dato’ Seri Allatif Bin Mohd Nor, Naib Canselor UPNM manakala Secuglass diwakili oleh Mr. Chong Choai, Pengarah Urusan Secuglass Sdn. Bhd. Turut hadir Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat, para penyelidik terlibat serta wakil syarikat.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 25 April 2013