Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kerjasama Persidangan Antarabangsa UPNM - PSU

Penulis :BKKPA Khamis, 02 Mei 2013


SONGKLA, 26-28 April 2013- Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), UPNM bekerjasama dengan Prince of Songkla University (PSU) dalam Persidangan Antarabangsa Sosial Sains dan Kemanusiaan kali ke 5. Bertempat di Hotel BP Grand Tower, Hat Yai, UPNM menghantar seorang perucap utama iaitu Prof Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh dengan delegasi 10 orang pensyarah dan 2 orang pelajar tahun akhir untuk membentangkan kertas kerja masing-masing. Persidangan seumpama bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan akademia dengan universiti-universiti lain di peringkat tempatan malah antarabangsa. Penjenamaan UPNM sebagai misi dan usaha delegasi FPPP, UPNM menerangkan keunikan UPNM sebagai butik universiti. Kerjasama akademia ini akan diteruskan pada bulan Jun, tahun 2014. Persidangan Antarabangsa Sosial Sains dan Kemanusiaan kali ke 6 yang akan diadakan di Malaysia dan UPNM menjadi tuan rumah. Giliran PSU akan menghantar seorang perucap utama dan delegasi mereka ke Malaysia dalam pembentangan kertas kerja. Hubungan UPNM dan PSU dapat menjalin hubungan baik dalam bidang ilmu dengan mendalami budaya di antara Malaysia dan Thailand selari dengan mengeratkan hubungan baik di antara negara-negara ASEAN.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 02 Mei 2013