Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Bengkel Penulisan Makalah Jurnal 2013

Penulis :Pusat Penerbitan Jumaat, 17 Mei 2013


PORT DICKSON, 10-12 Mei 2013- Bengkel Penulisan Makalah Jurnal anjuran bersama Pusat Penerbitan dan Pusat Pengurusan Penyelidikan Inovasi telah menepati objektifnya dalam mempelajari selok belok penulisan makalah jurnal. Fokus utama kepada penerbitan Jurnal Zulfaqar yang merupakan satu-satunya jurnal ilmiah terbitan UPNM turut tercapai dengan penerimaan 21 makalah jurnal dalam bengkel tersebut. Sasaran penerbitan Jurnal Zulfaqar dua kali setahun dengan hala tuju mendapatkan indeks Scopus. Bertempat di Hotel Lexis, penceramah jemputan bengkel ialah Prof. Dr. Kamaruzaman Jusoff dari UPM. Penyerahan sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Lt. Jen. Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor yang menyampaikan ucapan dengan memberikan motivasi serta menyuntik semangat semua peserta untuk berjuang dalam bidang penulisan dan penerbitan. Beliau turut menekankan UPNM sebagai butik universiti perlu mengutamakan makalah jurnal yang berkaitan keselamatan dan pertahanan selain bidang lain. Kata-kata Dato’ Seri Naib Canselor menjadi perangsang kepada semua peserta dengan harapan supaya warga UPNM dapat menyumbang artikel ilmiah dan menerbitkan lebih banyak makalah jurnal di UPNM selari dengan memartabatkan Jurnal Zulfaqar.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 17 Mei 2013