Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perbincangan dan Lawatan Kerja di Pusat Pengaman Malaysia

Penulis :BKKPA Selasa, 28 Mei 2013


Port Dickson, 27 Mei 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pengaman Malaysia (PPM) dalam rangka lawatan kerja hari ini. Delegasi UPNM adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan universiti. Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.



Pelbagai perkara dibincangkan bersama UPNM bersama PPM dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Brig Jen Datuk Hasny Md Salleh sebagai mewakili PPM. Perkara berkaitan akademik bersifat program-program jangka panjang dan jangka pendek dibincangkan secara menyeluruh dengan mengenalpasti fakulti-fakulti dan institut di UPNM yang dapat menawarkan program-program yang dirancang. Satu persetujuan telah dicapai dalam kerjasama ini dan perbincangan susulan secara terperinci akan diadakan melalui mesyuarat dibawah satu jawatankuasa khusus bagi membincangkan dengan lebih lanjut ke arah pelaksanaannya.

Sempena perbincangan ini, UPNM turut dibawa melawat kawasan sekitar PPM sebelum bertolak pulang pada jam 2.00 petang.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 28 Mei 2013