Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Pemakaian Tali Pinggang Hitam Tempur Tanpa Senjata (TTS) Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Penulis :BKKPA Rabu, 05 Jun 2013


UPNM, 31 Mei 2013 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Pemakaian Tali Pinggang Hitam TTS pada 31 Mei 2013 bertempat di Padang Bola Sepak UPNM. Majlis dirasmikan oleh Brig Jen Mustak Ahmad bin Miandad TUDM, Komandan, Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM. Turut berangkat hadir adalah Mejar Ridhuan Chan bin Abdullah mewakili Pengerusi Seni Mempertahankan Diri Tentera Darat.

Majlis Pemakaian Tali Pinggang Hitam TTS senjata ini melibatkan seramai 1648 iaitu terdiri daripada 274 orang Pegawai Kadet Tali Pinggang Hitam, 80 orang pemegang Tali Pinggang Merah, 311 orang Tali Pinggang Biru dan 983 orang pemegang Tali Pinggang Kuning. Kursus TTS telah diperkenalkan dan merupakan modul wajib bagi Pegawai Kadet bermula pada 14 Ogos 2009 yang di kelolakan oleh Mejar Noor Ain bte Sulaiman. Pegawai Kadet UPNM menjalani latihan TTS bermula sejak tahun asasi dan menamatkan latihan pada semester akhir pengajian mereka di UPNM.



Majlis ini merupakan majlis bagi meraikan seramai 274 orang Pegawai Kadet yang telah berjaya melayakkan diri mereka memperolehi Tali Pinggang Hitam TTS yang merupakan kebanggaan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia. Majlis Pemakaian Tali Pinggang Hitam seramai 274 orang ini juga merupakan jumlah peserta yang teramai di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Dengan kelayakkan memegang Tali Pinggang Hitam 1 Dan TTS, Pegawai Kadet ini layak untuk mengikuti Kursus Jurulatih TTS bertempat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja dan menjadi Jurulatih di pasukan-pasukan apabila mereka telah ditauliahkan kelak.

Modul pelajaran TTS bukan sahaja melibatkan tendangan dan tumbukan, malah mereka diajar serangan dan pertahanan menggunakan senjata seperti M 16, benet dan pistol. Dalam tempoh empat tahun pengajian dan latihan TTS, sesungguhnya satu kebanggaan bagi mereka apabila berjaya memperolehi tali pinggang hitam yang di uji oleh Penguji Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja dan seterusnya diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara.

Sejajar dengan hasrat UPNM yang ingin melahirkan “Pemimpin Berkarekter Cemerlang” ((Leaders of Character), adalah diharapkan bahawa Pegawai Kadet ini mampu menjadi legasi UPNM dan berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan mengamalkan semangat Moto Universiti iaitu “Kewajipan, Maruah dan Integriti”.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Julai 2013