Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perbarisan Serah Terima Tugas SMR Baharu UPNM

Penulis :ALK Selasa, 25 Jun 2013


UPNM, 21 Jun 2013 - Akademi Latihan Ketenteraan -UPNM telah mengadakan satu perbarisan bersempena dengan pertukaran keluar Sarjan Mejar Rejimen (SMR) UPNM sedia ada iaitu PW I Hayazi bin Abdul Aziz dan penerimaan SMR UPNM yang baharu iaitu PW I Suhaimi bin Jusoh @ Ibrahim. Perbarisan serah terima tugas SMR ini berlangsung di Dataran Wawasan UPNM.



Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua Pegawai dan staf ALK sebagai tanda penghormatan kepada SMR yang bakal bertukar keluar. Perbarisan serah terima tugas ini telah diketuai oleh PW II Nel AK Jakong dan disertai oleh 758 Pegawai Kadet dan anggota lain-lain pangkat.

PW 1 Hayazi telah memulakan khidmatnya sebagai SMR UPNM semenjak tahun 2009 dan mengakhiri khidmat beliau di UPNM sebagai SMR pada Jun 2013. PW 1 Hayazi bakal menjawat jawatan baru sebagai SMR Markas Medan, Kem Perdana Sungai Besi.

Serah terima tugas SMR UPNM telah disempurnakan oleh Pengarah ALK iaitu Lt Kol Wan Azni bin Wan Mohamad. Penyerahan dan penerimaan tongkat SMR yang dilakukan oleh kedua- dua SMR merupakan simbolik kepada majlis serah terima tugas SMR UPNM. Perbarisan serah terima tugas ini diakhiri dengan sesi bergambar kedua-dua SMR bersama Pegawai dan Staf ALK UPNM.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Julai 2013