Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Serah Tugas Naib Canselor UPNM

Penulis :BKKPA Selasa, 09 Jul 2013


UPNM, 5 Julai 2013 - Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berlangsung pada hari ini, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Aras 2, Bangunan Canselori, UPNM.

Majlis ini merupakan upacara serah dan terima tugas secara rasmi oleh Mantan Naib Canselor UPNM, Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato’ Seri Allatif Bin Mohd Noor kepada Naib Canselor baharu UPNM, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin.



Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin merupakan seorang pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai latar belakang pendidikan akademik yang cemerlang. Perlantikan beliau sebagai Naib Canselor UPNM telah dipersetujui oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia. Perlantikan tersebut juga adalah berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan dan memenuhi standard bagi maksud menjawat jawatan sebagai Naib Canselor.

Adalah menjadi keperluan bagi kepimpinan UPNM ini memahami dunia pertahanan dan keselamatan, aspek regimental ketenteraan, memiliki jaringan antarabangsa dengan tentera luar negara, mampu menjaga kepentingan strategik negara, memiliki kepakaran pengurusan pertahanan dan logistik, berpengalaman melatih, memahami pelbagai aspek keperluan ketenteraan serta sentiasa relevan dan konsisten untuk menerajui tampuk kepimpinan UPNM.

Majlis ini serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor (Bersara). Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi Universiti dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Julai 2013