Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Penyerahan Cek Pampasan Pegawai Kadet UPNM

Penulis :BKKPA Selasa, 06 Ogos 2013


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui wakilnya iaitu Pengarah Akademi Latihan Ketenteraan, Lt Kol Wan Azni bin Hj Wan Muhammad telah mengunjungi kediaman waris Allahyarham Pegawai 375059 Kadet Mohammad Noornazmin bin Mohd Norzri di Ramuan China Kecil, Lubuk Cina, Melaka pada 17 April yang lalu bagi menyerahkan cek pampasan melalui Skim Insurans Takaful Berkelompok ATM berjumlah sebanyak RM94,000 kepada waris keluarga Allahyarham Pegawai Kadet Mohammad Noornazmin bin Mohd Norzri.

Allahyarham Pegawai Kadet Mohammad Noornazmin bin Mohd Norzri meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 2 Jun 2012. Pada ketika itu, Allahyarham merupakan pelajar tahun 1, jurusan Sarjana Muda Pengurusan Strategi Pertahanan. Allahyarham Pegawai Kadet Mohammad Noornazmin bin Mohd Norzri diwakili oleh ibu dan bapa beliau, En. Mohd Norzri bin Mohd Nordin dan Pn Norhiah bt Abdul Rashid. Turut hadir pada majlis penyerahan cek tersebut ialah Mej Mohamad bin Mohamad Noor selaku bekas Ketua Batalion Lekir.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 03 September 2013