Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Ekspedisi Pendakian Gunung Ledang Pengambilan 2012

Penulis :ALK Jumaat, 30 Ogos 2013


Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah merancang Ekspedisi mendaki gunung ledang bagi pegawai kadet pengambilan 2012. Ekspedisi ini telah diketuai oleh Mejar Kamarulzaman bin Idris merangkap Ketua Batalion Tuah. Tujuan ekspedisi ini diadakan adalah untuk membina jati diri dan memupuk semangat pasukan yang tinggi dalam kalangan pegawai kadet.Selain itu, ekspedisi ini mampu menguatkan stamina dan mentaliti para pegawai kadet di samping dapat menimba pengalaman mendaki.


Ekspedisi ini mengambil masa selama 5 hari 4 malam, bertarikh 23 Jun 2013 sehingga 27 Jun 2013 walaupun pada ketika itu, cuaca tidak mengizinkan disebabkan jerebu. Namun semangat yang tinggi ditunjukkan oleh para pegawai kadet. Seramai 493 orang pegawai kadet terdiri daripada 390 kadet lelaki dan 103 kadet wanita. Di samping itu, turut terlibat sama adalah 14 Jurulatih untuk memantau dan menjaga kebajikan pegawai kadet yang terlibat. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ke KEM PLKN Asahan, Melaka. Ekspedisi mendaki Gunung Ledang telah bermula pada 24 Jun 2013 jam 0700.



Setelah selesainya ekspedisi pendakian Gunung Ledang dijalankan, pada malam akhir telah diadakan satu jamuan BBQ bagi meraikan kejayaan pendakian serta memupuk perasaan muhibbah di kalangan semua jurulatih dan juga pegawai kadet. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah ALK sendiri dan diiringi oleh pegawai-pegawai UPNM dan Komandan Kem PLKN Asahan, Melaka. Majlis tersebut diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah ALK (Pegawai Memerintah).

Kemaskini Terakhir : Selasa, 03 September 2013