Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Sambutan Majlis Jamuan Raya UPNM 2013

Penulis :BKKPA Selasa, 03 Sep 2013


UPNM, 30 Ogos 2012 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya hari ini dengan dihadiri seramai kira-kira 3000 orang warga UPNM termasuk Pelajar. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari bertempat di perkarangan bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam, UPNM.

Tetamu kehormat pada Majlis Jamuan Raya UPNM tahun ini ialah YB Dato’ Sri Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Ketibaan beliau disambut oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dengan iriingi oleh pegawai-pegawai kanan universiti. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yunus Bin Mohamad daripada Pusat Islam UPNM sebagai memberkati sambutan majlis.



Uniknya pada sambutan Majlis Jamuan Raya kali ini adanya persembahan live band dari Kebudayaan Tentera Darat (KTD) yang dijemput khas bagi memeriahkan dan menghidupkan suasana hari raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya UPNM meraikannya bersama rakan-rakan industri yang terdiri daripada syarikat-syarikat korporat yang bekerjasama dengan UPNM baik dalam bidang akademik dan industri terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Beberapa media tempatan juga turut hadir pada majlis ini bagi mengeratkan lagi silaturahim persaudaraan UPNM dengan rakan media.

Pertandingan antara gerai seperti tahun-tahun sebelumnya turut dipertandingkan iaitu Gerai Paling Cantik dimenangi oleh PTj Gerai 1, Gerai Paling Bersih dimenangi oleh Gerai 3 dan Gerai Paling Bekerjasama dimenangi Gerai 2.

Turut sama hadir di majlis ini ialah YBhg Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Anwar bin Mohd Nor (Bersara), Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) serta pegawai-pegawai kanan universiti.



Kemaskini Terakhir : Selasa, 03 September 2013