Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM Memperkasakan Jalingan Industri

Penulis :BKKPA Rabu, 02 Okt 2013


UPNM, 20 September 2013 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan satu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara tiga (3) pihak iaitu UPNM, DRB-HICOM dan WMG, University of Warwick, United Kingdom.

MoA yang ditandatangani dengan DRB-HICOM bertujuan untuk menjalinkan kerjasama diantara kedua-dua pihak dimana UPNM akan membantu DRB-HICOM dalam ‘capacity building’ International College of Automative (ICAM) dan membangunkan Pusat Kecemerlangan Kenderaan Berperisai Termaju (Centre of Excellence for Advanced Amour Vehicles) melalui penempatan para pensyarah UPNM. Kedua-dua pihak juga sedang berbincang bagi menjalankan program-program UPNM dalam bidang BSc Engineering (Mechanical) dan BSc Engineering (Electrical) di ICAM. Perkara ini akan dilakukan secara Licensing Agreement.



Manakala MoU yang ditandatangani adalah melibatkan tiga (3) pihak iaitu UPNM, DRB-HICOM dan WMG, University of Warwick, United Kingdom. MoU ini bertujuan menjalinkan kerjasama ketiga-tiga pihak dalam mengadakan program akademik dan penyelidikan untuk DRB-HICOM secara keseluruhannya. Memorandum ini mengambil kira peranan UPNM sebagai sebuah institusi yang mewakili WMG, University of Warwick, United Kingdom di Malaysia. WMG, University of Warwick merupakan sebuah institusi terkemuka di United Kingdom dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Mewakili UPNM dalam majlis menandatangani kedua-dua memorandum ini adalah Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM manakala DRB-HICOM diwakili Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd. Khamil bin Jamil, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad dan WMG, University of Warwick, United Kingdom diwakili oleh Lord Kumar Bhattacharyya, Pengerusi dan Pengasas WMG, University of Warwick. Turut hadir dalam majlis ini ialah Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar bin Mohd Nor (Bersara), Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan pegawai-pegawai Kanan ketiga-tiga organisasi yang terlibat.

Kejayaan menandatangani kedua-dua memorandum ini merupakan satu inisiatif ke arah merealisasikan Visi UPNM untuk menjadi sebuah Universiti Pertahanan Primier dalam pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu di rantau ini.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 02 Oktober 2013