Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis BBQ Meraikan Staf Kumpulan Sokongan Sempena Istiadat Konvokesyen Ke-4 UPNM

Penulis :BKKPA Rabu, 02 Okt 2013


UPNM, 27 September 2013 – Sempena Istiadat Konvokesyen ke-4 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berjalan dengan jayanya pada 23 dan 24 September 2013, Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi universiti mempunyai pendekatan tersendiri untuk menyampaikan penghargaan ucapan terima kasih kepada Staf Kumpulan Sokongan yang terdiri daripada Awam dan Tentera yang menjadi nadi kepada pelaksanaan istiadat konvokesyen ini. Kesungguhan, ketekunan dan kerahan kudrat yang dicurahkan demi menjayakan istiadat konvokesyen ini telah diraikan dalam Majlis BBQ Meraikan Staf Kumpulan Sokongan Sempena Istiadat Konvokesyen ke-4 UPNM bersama-sama Naib Canselor. Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-pegawai Kanan universiti yang diadakan di Pusat Marin, UPNM.

Seramai 500 orang staf kumpulan sokongan (awam/tentera) hadir meraikannya. Selain meraikan kejayaan istiadat konvokesyen tersebut, mereka juga dapat lebih saling mengenali dan merapatkan siratulrahim sesama mereka. Naib Canselor dapat ucapannya pada majis ini mengambil kesempatan mengajak semua warga staf kumpulan sokongan terus memberi sokongan kepada peringkat tertinggi bagi mencapai misi dan visi universiti dan meningkatkan hubungan awam tentera yang sedia terjalin sejak UPNM ditubuhkan.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 02 Oktober 2013