Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Makan Malam Istiadat Konvokesyen ke-4 UPNM

Penulis :BKKPA Rabu, 02 Okt 2013


UPNM, 27 September 2013 - Majlis Makan Malam Konvokesyen Ke-4 UPNM telah diadakan bertempat di Ballroom, Palace of Golden Horses Hotel, Seri Kembangan. Majlis ini adalah sebagai penghargaan dan tahniah serta meraikan di atas kejayaan para graduan UPNM khasnya dan kepada warga UPNM amnya sempena Istiadat Konvokesyen Ke-4 UPNM yang telah berlangsung pada 23 dan 24 September 2013 yang lalu. Penghargaan dan tahniah telah disampaikan oleh Naib Canselor, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin sebagai mewakili pihak pengurusan UPNM di dalam ucapannya sebelum majlis makan malam bermula.

Pada malam itu, pelbagai persembahan telah berlangsung antaranya tayangan multimedia (Istiadat Konvokesyen) dan persembahan nyanyian oleh pegawai yang diiringi oleh band daripada Badan Kesenian Tentera Darat.



Semoga majlis ini memberi makna yang besar kepada para graduan setelah 3 hingga 4 tahun berkat kesabaran menimba ilmu akademik dan berjaya mengharungi segala keperitan fizikal dan mental (Latihan Ketenteraan) dengan penuh kental dan bersemangat juang yang tinggi demi mencapai keperibadian ‘intellectual leaders of character’. Begitu juga kepada semua pegawai UPNM yang tidak mengenal erti kepenatan, berkerah tenaga dan fikiran dalam usaha merealisasikan keunikan dan perbezaan di antara Istiadat Konvokesyen di ITPA yang lain iaitu menggabungkan istiadat ketenteraan dan awam di dalam Istiadat Konvokesyen ini seiring dengan gagasan 1UPNM, One Culture One Vision.

Seramai 524 orang graduan dan hampir 300 orang pegawai yang terdiri daripada pensyarah dan pentadbir (awam/tentera) termasuk pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan universiti hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, YBhg Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg Dato’ Jesbil Singh (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat). YBhg Prof. Dr. Ghizan Bin Saleh (Penyelidikan dan Inovasi) dan Lt Kol Wan Azni Bin Wan Muhammad selaku mewakili Komandan Akademi Latihan Ketenteraan serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 04 Oktober 2013