Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejayaan UPNM semasa Anugerah MSC Malaysia APICTA 2013

Penulis :R n I Rabu, 23 Okt 2013


Prof. Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff (B) dan timnya dari Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, UPNM telah berjaya mencipta sejarah apabila produk hasil R&D beliau telah berjaya mendapat Anugerah MSC Malaysia APICTA untuk 2 tahun berturut-turut. Pada tahun lepas, produk SARTAMS: Search and Rescue Tactical Management System 2.0 telah berjaya mendapat anugerah terbaik dalam kategori ‘Best of R&D’. Pada tahun ini, produk SARTAMS: Search and Rescue Tactical Management System 5.0 telah berjaya mendapat anugerah merit untuk kategori ‘Best of e-Goverment and Services’. Hasil dari kejayaaan tersebut, Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff(B) dan timnya akan mewakili Malaysia untuk APICTA 2013 peringkat Asia Pasific di Hong Kong pada 24-28 November 2013.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 23 Oktober 2013