Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

DINNER TALK Naib Canselor bersama Pegawai Kanan Universiti

Penulis :BKKPA Khamis, 24 Okt 2013


UPNM, 23 Oktober 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Dinner Talk Naib Canselor bersama Pegawai-Pegawai Kanan Universiti bertempat di Hotel Golden Horses, Seri Kembangan. Sempena majlis ini, YBhg. Jen Tan Seri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dapat beramah mesra bersama-sama pegawai-pegawai kanan universiti serta mengeratkan lagi siratulrahim sesama mereka. Perjumpaan ini juga dapatlah mereka bertukar pandangan, pendapat, idea dan bincang perancangan aktiviti universiti ke arah mencapai visi, misi dan falsafah UPNM yang telah ditetapkan.

Selain perjumpaan bersama-sama pegawai-pegawai kanan universiti, Naib Canselor juga turut mengambil kesempatan untuk mendekati wakil-wakil daripada para akademia, pentadbir dan staf sokongan yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee (Presiden NADIMASA) sebagai mewakili staf akademik dan Encik Bahaman Bin Haron (Presiden KESUPNA) sebagai mewakili staf kumpulan sokongan.

Turut hadir di majlis tersebut ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor (TNC) iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din (TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Dato’ Jesbil Singh (TNC Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan YBhg. Prof. Dr. Ghizan Bin Saleh (TNC Penyelidikan dan Inovasi) serta Lt Kol Wan Azni Bin Wan Muhammad (Pengarah, Akademi Latihan Ketenteraan) sebagai mewakili Komandan Akademi Latihan Ketenteraan.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 25 Oktober 2013