Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Audit Pengawasan 2 (SV2) oleh Lloyd's Register Quality Assurance

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti Rabu, 27 Nov 2013


UPNM, 15 November 2013 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melalui Audit Pengawasan 2 (Surveillance Audit 2) bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 yang diuruskan oleh Pusat Jaminan Kualiti dengan kerjasama daripada semua Pusat Tanggungjawab (PTj). Aturcara audit pengawasan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Bagi Audit Pengawasan 2 ini, En Mohd Ramli bin Mohd Daud, PengurusTeknikal selaku auditor daripada pihak Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) telah mengetuai pelaksanaan audit tersebut. Atucara bermula dengan mesyuarat pembukaan pada jam 9.00 pagi dengan kata-kata aluan daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dan disusuli dengan ucapan daripada wakil auditor Lloyd’s, En. Mohd Ramli bin Mohd Daud dengan kehadiran daripada semua ketua PTj.

Program pengauditan telah dijalankan mengikut pelan penilaian yang dipersetujui dengan meneliti hasil teguran Audit Pengawasan 1 (SV1) dan seterusnya melaksanakan Audit Pengawasan 2 (SV2).

Mesyuarat penutupan telah dijalankan pada jam 4.30 petang yang dihadiri oleh En. Mohd Ramli bin Mohd Daud, wakil auditor Lloyd’s, Prof. Dr. Faisal bin Hj. Ali, selaku Wakil Pengurusan, Prof. Dr. Fauziah Binti Hj. Abdul Aziz, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti dan wakil / ketua PTj. Mesyuarat tersebut membentangkan perkara-perkara yang ditemui sepanjang Audit Pengawasan 2 dijalankan untuk tujuan tindakan dan penambahbaikan berterusan bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di UPNM.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 27 November 2013