Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Pelancaran Tabung Pahlawan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2013

Penulis :BKKPA Rabu, 27 Nov 2013


UPNM, 20 November 2013 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selaras dengan namanya merupakan satu-satunya Universiti Awam yang mempunyai elemen pertahanan dipilih sebagai tuan rumah untuk melancarkan Tabung Pahlawan di peringkat IPTA bertempat di Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Diraja, Kem Sg. Besi. Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Sempena pelancaran Tabung Pahlawan di peringkat IPTA ini, UPNM sebagai tuan rumah telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM26,000 daripada seluruh warga universiti, RM5,000 sumbangan daripada UPNM Business Centre Sdn. Bhd. dan RM4,000 daripada Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur Berhad (KUPENA).



Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mensasarkan RM5 juta berjaya dikumpul sehingga akhir tahun ini termasuk juga sumbangan daripada semua Institut Pengajian Tinggi lain seluruh Malaysia.

Sumbangan orang ramai dan syarikat swasta daripada kempen ini dijadikan sebagai dana untuk menjaga kebajikan Veteran (di mana Veteran dalam konteks ini adalah bekas-bekas tentera sahaja) dan keluarga mereka yang memerlukan.

Pelancaran Tabung Pahlawan di peringkat IPT ini adalah kesinambungan dari Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor selaku Penaung Tabung Pahlawan pada 4 September 2013 di Dewan Merdeka PWTC.

Kempen Tabung Pahlawan telah dimulakan sejak tahun 1955 dalam bentuk ‘Poppy Day’ atau Hari Peringatan dan ditukar nama kepada Tabung Pahlawan setelah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1966.

Mengambil semangat dari Konvensyen Geneva bagi memperingati kemenangan dan menginsafi kesan-kesan peperangan, maka Tabung Pahlawan telah dilancarkan di Malaya dan kemudian di Malaysia bagi memperingati dan menghargai perjuangan veteran dalam menjaga dan mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan Negara

Bertemakan ‘KEDAULATAN & KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA’ yang melambangkan kesatuan hati rakyat Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara, Kempen Tabung Pahlawan merupakan satu platform rasmi kerajaan bagi menyemai dan menanam semangat patriotik dan sifat kecintaan terhadap negara oleh seluruh warganegara Malaysia terutama generasi muda dalam usaha mengenali sejarah dan perjuangan veteran dalam membantu mencapai kemerdekaan negara.

Kemaskini Terakhir : Ahad, 08 Disember 2013