Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Forum Perdana Ehwal Islam

Penulis :BKKPA Selasa, 10 Dis 2013


UPNM, 5 Disember 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Lindungi Daku & Wanita Besi’ bertempat di Dataran Wawasan, UPNM hari ini.

Forum ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu secara lintas langsung di TV1, RTM dengan tajuk ‘Lindungi Daku’ pada jam 9.00 malam. Manakala sesi rakaman diadakan pada jam 10.00 malam dengan tajuk ‘Wanita Besi’. Ahli-ahli panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din (TNC HEPA), Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Salleh (Pensyarah USIM) dan Ustazah Norhafizah Binti Musa (Pensyarah UTM). Moderator bagi kedua-dua sesi ini adalah Ustaz Mohd Hariri bin Hj Mohamad Daud (penolong pengarah JAKIM).

Sambutan seluruh warga UPNM menghadiri ke forum ini sangat menggalakkan yang terdiri daripada pelajar dan staf serta wakil-wakil daripada ketiga-tiga organisasi penganjur yang turut hadir.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 10 Disember 2013