Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Eco Challenge & UKMHK 2013

Penulis :ALK Isnin, 16 Dis 2013


Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bukit Besi Eco Challenge dan Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) pada 6 November 2013 baru-baru ini. Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.


Penganjuran pertandingan selama 4 hari ini bukan sahaja dapat melahirkan Pegawai Kadet yang mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Malah, turut menguji ALK dalam menganjurkan aktiviti sukan lasak. Bagi Pertandingan Bukit Besi Eco Challenge ianya menggabungkan 4 disiplin iaitu, larian dengan membawa 4 kali bot tempur sejauh 2 kilometer, mendayung menggunakan bot tempur sejauh 1.1 kilometer dan merentas desa sejauh 14 kilometer bersama peralatan tambahan seperti 4 kali log latihan , 4 kali tayar land rover serta 4 kali tong peluru dan diakhiri dengan menembak dengan menggunakan senjata Colt M16 di jarak sejauh 25 meter.


Johan Keseluruhan Pertandingan Eco Challenge ialah Batalion Lekir dengan mata 56,966 dan menerima Piala Zul Zainal sumbangan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 16 Disember 2013