Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kunjungan Hormat Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

Penulis :BKK Jumaat, 20 Dis 2013


UPNM, 19 Disember 2013 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke atas Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM dalam rangka lawatan beliau ke Malaysia.



Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan pegawai-pegawai kanan universiti. Sempena kunjungan hormat, kedua – dua institusi mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kerjasama yang boleh diwujudkan seperti bidang akademik, pertahanan dan keselamatan serta perkongsian pengalaman dalam melahirkan seorang pegawai tentera yang berketrampilan dan cemerlangan dalam kepimpinan. Dalam pada itu, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pegawai-pegawai kadet UPNM daripada negara brunei yang kini sedang meneruskan pengajian di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 20 Disember 2013