Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Pensyarah UPNM diiktiraf diperingkat Antarabangsa

Penulis :RnI Selasa, 24 Dis 2013

KOREA INVENTOR AWARD FESTIVAL 2013



Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff dari Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan telah berjaya meraih tiga anugerah semasa Korea Inventor Award Festival 2013 Ke-2 yang telah berlangsung pada 7 Disember 2013 bertempat di Mugunghwa B Hall, Seoul Garden Hotel, Seoul, Korea. Korea Inventor Award Festival ialah satu platform memberi pengiktirafan kepada sesiapa yang terlibat di seluruh dunia dengan ciptaan kreatif, inovasi, pemindahan teknologi dan sebagainya. Anugerah yang diperolehi oleh beliau ialah:


. Academia Order of Merit


. Invention Academics Order of Merit


. Software Order of Merit




ANUGERAH ICT NEF-AWANI KE-3



Prof Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff dari Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan telah berjaya meraih anugerah Aplikasi/Kandungan Telefon Mudah Alih & Media Baru Terbaik semasa siaran langsung Anugerah ICT NEF-Awani Ke-3 bertempat di Empire Hotel Subang pada 20 Disember 2013. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anugerah ICT NEF-Awani yang bermula sejak 2010 ialah satu anugerah berprestij di bidang ICT yang memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat bumiputra tempatan melalui satu platform media yang bersepadu.




Pemenang Usahawan Bumiputera Anugerah ICT NEF-AWANI dalam kategori ICT:


Perisian Terbaik


- TenderAsia, Authentic Venture Sdn Bhd


- ETicketing.my, Energetic Point Sdn Bhd *Pemenang


- LCCsoft, MCM Value Sdn Bhd


- RakanCop 2, System Consultancy Services Sdn. Bhd


- SARTAMS 5.5, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Penyelesaian ICT Terbaik Untuk SMEs


- SKALI Cloud Services, Alam Teknokrat Sdn Bhd (SKALI GROUP)


- OfficeCentral, Authentic Venture Sdn Bhd *Pemenang


- CRF Computer Recovery Facility Sdn Bhd


- Energetic Point Sdn Bhd


- KATsys, Kat Technologies Sdn Bhd


Animasi/Permainan Terbaik


- Elite Animation Sdn Bhd (Ramadhan Mat Jo)


- Elite Animation Sdn Bhd (Mat Jo — Juara)


- Elite Animation Sdn Bhd (Fruiterama — Kelapa Tua & Lampu Ajaib)


- Giggle Garage Sdn Bhd (Origanimals TV Series 3D Animation) *Pemenang


- Hud Hud Media Sdn Bhd (Tales of Wisdom — The Bully)


Aplikasi/Kandungan Telefon Mudah Alih & Media Baru Terbaik


- Si Bongkok Tanjung Puteri, Animagis Sdn. Bhd


- iMathurat, Caliphate Technologies Sdn Bhd


- Halal Apps , Halal Industry Development Corporation


- SARTAMS 5.5, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia *Pemenang


Kemaskini Terakhir : Selasa, 24 Disember 2013