Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Kejohanan Ragbi Royal Malaysian Navy 7s 2013

Penulis :ALK Isnin, 30 Dis 2013


UPNM, 15 Dis 2013 – Pasukan Ragbi UPNM (Smookies) telah menyertai Kejohanan Ragbi ‘Royal Malaysian Navy 7UPNM, 15 Dis 2013 – Pasukan Ragbi UPNM (Smookies) telah menyertai Kejohanan Ragbi ‘Royal Malaysian Navy 7’s 2013’ yang diadakan di Kompleks Sukan TLDM, Lumut. Kejohanan ini bermula pada 13 – 15 Dis 2013 dan disertai oleh 16 pasukan dari IPT awam dan juga swasta seluruh malaysia. Pasukan ragbi UPNM telah menghantar dua pasukan iaitu Smookies A dan Smookies B. Pada hari pertama kejohanan diperingkat kumpulan, kedua-dua pasukan UPNM telah menjuarai bagi kumpulan masing-masing Pada hari kedua kejohanan, diperingkat ‘kalah mati’, Smookies A dan Smookies B telah bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir. Pada perlawanan akhir yang melibatkan antara Smookies A dan Markas Pendidikan dan Latihan (MPL) dari KD Pelanduk, pasukan UPNM telah menewaskan lawannya dengan keputusan 38–0. Smookies A telah menjadi juara ‘Kejohanan Ragbi Royal Malaysian Navy 7’s 2013 bagi kategori IPT dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 2,000 beserta Piala Pusingan.s 2013’ yang diadakan di Kompleks Sukan TLDM, Lumut.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 30 Disember 2013