Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Sinopsis Program Jalinan Ukhwah Pegawai Kadet (Udara) UPNM

Penulis :ALK Isnin, 30 Dis 2013


Program Jalinan Ukhwah Pegawai Kadet (Udara) dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang sedang menjalani Latihan Ketenteraan Akhir Tahun (LKTA) di Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar telah diadakan pada 21 Disember hingga 22 Disember 2013 berkekuatan seramai 9 orang pegawai, 23 orang jurulatih dan 39 orang Pegawai Kadet Udara LIPKU FASA 3 Siri 1/2013. Program ini diadakan bertujuan untuk membina jati diri dan serta menerapkan semangat setia kawan, bekerjasama dalam memikul amanah dan tanggungjawab sebagai persediaan rohani dan jasmani untuk menjadi pemimpin masa akan datang yang berteraskan “leaders of character”. Ianya juga untuk mengeratkan hubungan tentera dan masyarakat awam setempat selaras dengan konsep “Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada”.



Program ini diadakan di perkarangan Masjid Al Falah, Kampung Pokok Setol, Baling, Kedah, dan melibatkan kampung-kampung sekitar seperti Kampong Charok Bunting, Kampung Lalang, Kampung Baru dan Kampung Pokok Setol. Turut hadir menjayakan program ini adalah Yang Berbahagia Lt Kol Wan Azni bin Wan Muhammad, Pengarah Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia serta Mejar Mazlizan Bin Shaikh Osman TUDM, Ketua Jurulatih Pusat Latihan Pegawai, Kolej Tentera Udara Alor Setar.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan masjid, membersihkan rumah salah seorang warga emas, smart solat untuk kanak-kanak penduduk kampung dan gotong royong memasak makanan tengahari. Pada sebelah petang diadakan sukaneka untuk penduduk kampung dan penyampaian sumbangan kepada 15 orang penerima dari keluarga yang terpilih oleh pihak Pusat Latihan Pegawai KTU. Pada sebelah malam pula diadakan pertandingan persahabatan futsal di antara Warga Pusat Latihan Pegawai bersama penduduk kampung Pokok Setol. Secara umumnya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk masa hadapan.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 30 Disember 2013