Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perhimpunan Perintah Ulung Naib Canselor 2014

Penulis :BKKPA Rabu, 08 Jan 2014


UPNM, 7 Feb 2014 – Universiti Pertahanan Nasional Pertahanan Malaysia (UPNM) mengadakan Perhimpunan Perintah Ulung Naib Canselor 2014 bertempat di Dataran Kawad, Maktab Tentera Diraja hari ini. Seawal 7.30 pagi seluruh warga UPNM termasuk siswa dan siswi sudah bersemangat menunggu untuk mendengar Perintah Ulung bagi tahun 2014 daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM. Perhimpunan ini juga merupakan perjumpaan pertama kalinya beliau bersama seluruh warga UPNM yang terdiri daripada pengurusan tertinggi sehinggalah kepada staf kumpulan sokongan terendah termasuk semua pelajar UPNM selepas beliau mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Naib Canselor pada Julai 2013 yang lalu.

Dalam ucapannya, beliau menekankan UPNM sebagai institusi pengajian tinggi yang berteraskan pertahanan dan keselamatan demi melahirkan Pemimpin Berkarekter Cemerlang (Leaders of Character) sejajar dengan pelaksanaan Pelan Strategik UPNM melangkaui 2012-2015 berasaskan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Selain itu, beliau turut mengajak semua warga UPNM untuk terus mengekalkan kecemerlangan daripada legasi kepimpinan sebelum ini dan terus berusaha ke arah meningkatkan kecemerlangan di universiti ini sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa.

Sempena Perintah Ulung ini, Naib Canselor telah merasmikan pelancaran kempen ‘Going Green at UPNM’ sebagai usaha untuk menghijau dan memelihara alam sekitar kampus UPNM seterusnya akan menggalakkan usaha menghijau kampus, perlindungan flora dan fauna, pengurusan tenaga dan air lebih efisyen (prudent management), pengurusan pelupusan sisa menggunakan teknologi hijau serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan tenaga semulajadi (renewable energy). Sebelum itu, Naib Canselor mengambil kesempatan untuk menyampaikan Sijil Penghargaan Naib Canselor kepada para penyelidik dan pelajar UPNM di atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademi, penyelidikan dan sukan sepanjang tahun 2013.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 08 Januari 2014