Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Penyerahan Cek Pampasan

Penulis :ALK Khamis, 30 Jan 2014


UPNM, 17 Januari 2014 - Pengarah ALK, Lt Kol Wan Azni bin Wan Muhammad telah mengunjungi kediaman En Mohd Azlan, bapa kepada Peg Kdt Mohamad Rusyaidi Afifi bagi menyerahkan cek pampasan berjumlah RM 130,000.00 kepada waris Allahyarham Peg Kdt Mohamad Rusyaidi Afifi. Allahyarham Peg Kdt Mohamad Rusyaidi Afifi bin Mohd Azlan yang merupakan pelajar Asasi UPNM telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 18 Mei 2013. Pengarah ALK yang turut diiringi isteri beliau dan Mej Mohd Rosdi bin Che Mohd Nasir TUDM telah menyampaikan pesanan dan harapan agar bayaran wang pampasan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi Allahyarham Peg Kdt Mohamad Rusyaidi Afifi dan juga untuk keluarga beliau.

Kemaskini Terakhir : Khamis, 30 Januari 2014