Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Graduasi Pelajar MEBM 2014

Penulis :BKKPA Rabu, 05 Feb 2014


UPNM, 27 Jan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Warwick Manufacturing Group (WMG), University of Warwick, United Kingdom telah mengadakan Majlis Graduasi Pelajar Program MSc In Engineering Business Management For Defence & Security (MEBM) Sesi Pengajian 2012/2013 pada 27 Januari 2914 bertempat di Bangunan Bistari, Dewan Bestari, UPNM, Kem Perdana, Sg. Besi.



Majlis Graduasi ini melambangkan kejayaan program kerjasama UPNM dan WMG, University of Warwick, United Kingdom dalam bidang pendidikan dan latihan yang berlangsung semenjak 4 tahun yang lalu. Majlis Graduasi ini akan disempurnakan oleh Prof Sujit Banerji mewakili kepada Profesor Lord Kumar Bhattacharyya, Pengasas dan Pengerusi WMG, University of Warwick, UK seterusnya beliau telah menganugerahkan ijazah sarjana tersebut kepada 17 orang pelajar MEBM yang telah menamatkan pengajian bagi sesi pengajian tahun tersebut.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Wakil-wakil WMG, University of Warwick, Pengurusan Tertinggi Universiti, Pegawai-pegawai Kanan dan keluarga.

Kemaskini Terakhir : Rabu, 05 Februari 2014