Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Memperkasakan Kepimpinan Strategik

Penulis :BKKPA Rabu, 05 Feb 2014


UPNM, 27 Jan – Strategic Leadership Programme : Strategic Leaders of Tomorrow telah diadakan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 27 hingga 30 Januari 2014 bertempat di Pusat Marin, UPNM. Para peserta adalah terdiri daripada Kementerian Pertahanan, Tiga Perkhidmatan Angkatan Tentera, Agensi-agensi Keselamatan, IPTA dan Pegawai-pegawai Kanan serta Pensyarah UPNM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM.



Objektif program adalah bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam usaha melahirkan kebolehan dan kemampuan pegawai-pegawai kanan penjawat awam terutamanya dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan memimpin dan mengurus di peringkat strategik dalam pelbagai situasi.


Program ini dikendalikan oleh dua (2) pegawai kanan daripada United Kingdom iaitu Colonel Martyn Forgrave, Head International Section, Centre for Defence Leadership and Management, Defence Academy of the United Kingdom dan Dr. Bryan Watters Obe, Centre for Defence Management and Leadership, Cranfield University, United Kingdom.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 05 Februari 2014