Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

UPNM - ISAE meterai MoA

Penulis :BKKPA Rabu, 05 Feb 2014


UPNM, 29 Jan - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan L’institut Superieur de L’aeronautique et de L’espace (ISAE), Perancis.


MoA yang ditandatangani dengan ISAE bertujuan untuk menjalankan program secara bersama iaitu menawarkan program MSc in Engineering (Aeronautics) merangkumi latihan dan pengurusan yang berkaitan dengan program tersebut. Pelaksanaannya akan ditawarkan kepada pegawai-pegawai ATM dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan terutamanya dalam bidang kejuruteraan penerbangan melalui modul-modul pengajian serta tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar dalam bidang ini.


Mewakili UPNM dalam majlis menandatangani MoA ini adalah Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM manakala ISAE diwakili Mr. M. Olivier Fourure, Presiden ISAE. Turut hadir di majlis ini ialah pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan universiti dan wakil-wakil daripada ISAE.


Kejayaan menandatangani MoA ini merupakan satu inisiatif ke arah merealisasikan Visi UPNM untuk menjadi sebuah Universiti Pertahanan Primier dalam pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu di rantau ini.



Kemaskini Terakhir : Rabu, 05 Februari 2014