Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Inovasi UPNM 2014

Penulis :Jaminan Kualiti Isnin, 17 Feb 2014


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan program Hari Inovasi UPNM 2014 pada 23 Januari 2014 baru-baru ini. Atucara program bermula pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.


Hari Inovasi UPNM 2014 yang dianjurkan adalah sebagai salah satu acara tahunan dalam usaha pembudayaan kualiti di UPNM. Program yang julung kali diadakan ini adalah selaras dengan kehendak Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu mencetus transformasi pengajian tinggi di samping menekankan proses kecemerlangan dan penambahbaikan yang berterusan.


Hari Inovasi UPNM 2014 yang bertemakan ‘Pengurusan Berkualiti, Kehidupan Berkualiti’ dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi di dalam ekosistem di universiti ini.


Terdapat beberapa pengisian penting pada Hari Inovasi UPNM 2014 ini iaitu slot ceramah oleh Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor (B), Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti, Ucapan Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor, penyampaian Anugerah Kualiti UPNM 2014 dan program terakhir ialah Luncheon Talk yang bertajuk ‘Kepimpinan’ yang disampaikan oleh Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti.


Penglibatan secara menyeluruh staf pentadbiran dan sokongan, kombinasi akademia awam dan tentera serta pelajar UPNM menjadi nadi dalam memastikan amanah negara untuk melahirkan Intellectual Leaders Of Character dapat direalisasikan di samping melahirkan modal insan berkualiti ke arah memangkin kecemerlangan negara.


Terdapat Sembilan (9) Anugerah Kualiti UPNM 2014 yang dipertandingkan iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor yang dimenangi oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Anugerah Kualiti Pengurusan Pembelajaran Dan Pengajaran (PTJ) yang dimenangi oleh Pusat Asasi Pertahanan, Anugerah Kualiti Pengurusan Pembelajaran Dan Pengajaran (Individu) yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr Suzaimah Ramli (FSTP), Anugerah Kualiti Pengurusan Penyelidikan (PTJ) yang dimenangi oleh Fakulti Kejuruteraan, Anugerah Kualiti Pengurusan Penyelidikan (Individu) yang dimenangi oleh Prof. Dr. Muhd Zu Azhan Bin Yahya (FSTP), Anugerah Kualiti Batalion yang dimenangi oleh Batalion Jebat, Anugerah Kualiti Staf Alk (Individu) yang dimenangi oleh PW I Nel ak Jakong, Anugerah Kualiti Pegawai Kadet (Individu) yang dimenangi oleh Peg Kadet Lim Shimri dan Anugerah Kualiti Pelajar Awam (Individu) yang dimenangi oleh Nurul Fatin Binti Abdul Halim.


Kemaskini Terakhir : Isnin, 17 Februari 2014