Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perbarisan Serah Menyerah Ketua Jurulatih

Penulis :ALK Jumaat, 28 Feb 2014


UPNM, 8 Feb 2014 – Perbarisan Serah Menyerah Ketua Jurulatih Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) telah berjaya diadakan di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja. Mejar Azhar bin Jaffar telah menyerahkan tanggungjawabnya sebagai Ketua Jurulatih kepada Mej Jamal bin Salleh sambil disaksikan oleh Pengarah Akademi Latihan Ketenteraan, Lt Kol Wan Azni bin Wan Muhammad. Mej Azhar bin Jaffar telah berkhidmat dengan cemerlang memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Sepanjang hampir 3 tahun memegang jawatannya itu, banyak sumbangan dan tunjuk ajar telah diberikan dalam pengurusan latihan dan pentadbiran Pegawai Kadet UPNM. Justeru, di dalam ucapan terakhir beliau sebagai Ketua Jurulatih, beliau menasihatkan kepada semua Jurulatih, Staf dan Pegawai Kadet agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin dan saling bantu membantu dalam memastikan ALK sentiasa disegani di masa akan datang.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 28 Februari 2014