Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
21 November 2018 / 13 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Smookies UPNM Berjaya ke Final SUKIPT

Penulis :ALK Jumaat, 28 Feb 2014


Pasukan Ragbi UPNM (Smookies) telah beraksi cemerlang dalam Sukan Antara Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang berlangsung bermula pada 9 Feb 14 hingga 15 Feb 2014 bertempat di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPNM). Sebanyak 32 pasukan dari IPT seluruh Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

UPNM diletakkan di dalam Kumpulan F bersama-sama UNIKL, Kolej Komuniti Perak dan KLIUC. UPNM Berjaya menewaskan pasukan lain dan menjadi Juara Kumpulan F. Pada Peringkat Suku Akhir, UPNM berjaya menewaskan UiTM dengan keputusan 5 – 0. Di Peringkat Separuh Akhir, UPNM telah mengalahkan UIA dengan keputusan 17 – 12 dan berjaya untuk pertama kali melangkah ke Perlawanan Akhir. Pada perlawanan akhir, UPNM telah ditewaskan oleh Pasukan Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan juara bertahan dengan keputusan 36 – 0.

Sepanjang kejohanan dilangsungkan, Pasukan Ragbi UPNM menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang jitu untuk berhadapan dengan IPT yang lain sehingga berjaya mencipta sejarah tersendiri untuk melangkah ke perlawanan akhir. Diharap, pasukan ragbi UPNM dapat mengekalkan prestasi untuk kejohanan dan pertandingan akan datang.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 28 Februari 2014