Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
20 November 2018 / 12 Rabiul Awal 1440
Tetapan

BULETIN UPNM

Perbarisan Komandan dan Penyerahan Pennant kepada Batalion-Batalion

Penulis :ALK Jumaat, 28 Feb 2014


Satu perbarisan Komandan Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan pada 14 Feb 2014 di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja. Di dalam perbarisan tersebut, penyampaian hadiah sempena Karnival Sukan antara batalion dan Penganugerahan Batalion Diraja turut dilaksanakan. Batalion Jebat telah berjaya dinobatkan sebagai Batalion Diraja. Perbarisan tersebut juga telah mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana buat julung kalinya penyerahan Pennant kepada Batalion-batalion dilaksanakan. Penyerahan Pennant kepada batalion dibuat sebagai kesinambungan pihak ALK dalam melestarikan nilai-nilai ketenteraan.

Sejarah Pennant bermula pada tahun 1650 apabila Laksamana Tromp dari Belanda menggunakan batang kayu sebagai tiang bagi menandakan kejayaan tenteranya menguasai lautan British yang pada masa itu dikuasai oleh Sepanyol semasa pemerintahan Philip II, Maharaja Sepanyol pada masa itu. Ianya juga merupakan lambang kebangkitan rakyat Belanda akibat penindasan oleh Tentera Sepanyol. Walaubagaimanapun rekod sejarah juga menunjukkan Pennant telah digunakan oleh tentera laut di sekitar Eropah untuk menandakan kapal perang mereka. Ianya mengandungi tiga warna berbentuk segi tiga dan mempunyai ekor dan digunakan dengan meluas semasa Perang Napoleon. Ianya juga digunakan sebagai lambang keagamaan dan rumah-rumah ibadat seperti tokong Cina. Tradisi ini berterusan sehingga ke hari ini. Kesinambungan dari itu, Pennant telah digunakan sebagai tanda peringatan dan penghargaan serta sokongan kepada kejayaan sesuatu kumpulan, organisasi serta ketumbukan dan juga sebagai lambang bagi menghormati kemenangan sesuatu kumpulan itu. Pennant yang digunakan oleh ALK sekarang masih mengekalkan bentuknya yang segitiga, diwarnakan mengikut warna rasmi sesebuah batalion ALK dan mempunyai logo ALK. Mercu berbentuk segi tiga piramid melambangkan perjuangan kental Pegawai Kadet UPNM dari tiga perkhidmatan ATM.

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 28 Februari 2014